Kalau tak silap aku..stakat ni da ada 17 pcs CD dalam simpanan..yang duk guna hari2 taklah sumenya sebab simpan untuk adiknya rasmi nanti dan ada lagi insert2 yang masih dalam proses prewash..kalau untuk fully CD dan basuh 2-3 hari skali sepatutnya da bleh fully CD da ni
Jadi..mana hasilnya setelah menternak sikit2..hehe..

Tadaaa!!!Buat masa ni aku simpan dalam satu drawer je lah..pas da tambah koleksi nanti baru nak asingkan untuk pakai siang..malam..jalan2 dan sebagainya..baru senang aku nak manage dan hubby nak tlg pakaikan kat baby
Ni lah jumlah yang aku ada stakat ni..
Lunatots AI2 Premium - 7 pcs
Lunatots AI2 Velcro – 2 pcs
Lunatots Pocket – 2 pcs
Weegro Applique – 3 pcs
Coolababy Pocket – 1 pc
Zigiezag Pull Up Pants – 2 pcs
Yang aku nyatakan kat atas tak termasuklah insert2 yang dibeli asing untuk tambahan yer…. Tengok koleksi brand yg aku ada..banyak Lunatots kan??ngeee..personally aku suka brand ni sbb kualiti dia..harga pn bleh tahan lah..actually aku ada banyak brand ni sebab beli time promotion kat MIdvalley aritu..then aku ni jenis cerewet gak lak bab2 kain baju yang nak pakai ni..mesti nak tilik2 dan pegang2 baru nak beli..klu beli online..tkde feel..unless mmg da tau kualiti dia lah..
Stakat yang aku guna ni..aku suka guna CD yang guna sistem AI2 ni..tapi bila time malam..aku suka poket..hehe..sebab ape?? sebab leh sumbat insert yang jenis leh tahan untuk jangka masa yang lama..kes nak tido ngan best ler ni
Okeh..kenapa aku beli banyak yang brand Lunatots? Sebab asalnya memang terkenal ngan cutting keciknya..means sesuai untuk dipakai dari newborn sampai average umur 3thn..ada banyak lagi brand lain yang cutting sesuai dengan newborn..special untuk newborn pun ada..tapi aku pilih yang one size je lah..means..bleh laras button dia dari kecik sampai dia besar..ada sesetengah CD tu memang one size tapi disebabkan cutting dia besar sket macam brand Coolababy..so tak sesuai dipakai untuk baby newborn..kalau peha jenis KFC bleh lah
hehe..bukan apa..kesian kat bb pakai besar2 or bulky ni..lagipun possibility untuk bocor tu tinggi lah..
Meh kita bercerita melalui gambar lah yer supaya senang nak faham..Okeh..gambar kat bawah ni la yang aku duk cakap pasal cutting..Aku suka cutting yang fit dan trim gitu supaya tak nampak bulky..yang aku ada skang Coolababy version baru..ada leakguard kat belah tepi..walaupun dia cutting besar sket..so tak kisah lah sebab Arfan yang pakai dan nanti baby da besar sket pun bleh pakai

Kiri : Coolababy ....Kanan : Lunatots....cutting dia berbeza kan?
So..antara CD brand ekonomi yang cutting kecik setau aku ialah Rainbow, Babyland, Sunnybaby, Happybum NB, QQbaby..ni review orang2 yang dah guna la…aku tak tau sebab lum ada koleksi..hehe..Untuk CD yang branded..ada banyak..rajin2 kanlah google..hehe..tapi sediakan kos jelah..hehe..
Tentang pocket CD lak ada macam2 design sebenarnya..stakat yang aku ada ni jenis Zigiezag Pull Up pants tu..Lunatots dan Coolababy..Kalau yang jenis Coolababy ni aku tak berapa berkenan sket tang poket dia tu..tak kemas..so masa nak pakaikan kena kemaskan kat bahagian belakang pinggang..kalau hubby aku pakaikan kat Arfan..memang terjulur je la keluar..hehe..bukan apa..nanti leh bocor la basah pinggang dia..hehe.. ;p Aku lebih suka design poket yang macam Lunatots..sebab dia bertutup..dan if aku nak tambah lagi pocket CD pasni pun..maybe aku akan cari jenis poket yang bertutup lah..banyak lagi lah brand lain yang jenis macam ni..

Kiri : Coolababy.....Kanan : Lunatots

Okeh..nampak tak poket yang jenis bertutup tu..dan ada button untuk kemaskan dengan insert..
Gambar yang kat bawah ni plak antara koleksi Lunatots AI2 Premium..Soaker dia jenis bamboo..so sesuai untuk kulit sensitif..kalau baby korang jenis yang kulit sensitif..memang tak boleh pakai inner/soaker yang jenis microfleece lah..kena cari gak jenis stay dry macam bamboo ni..Cuma aku tak berapa berkenan tang kedut2 kat soaker dia tu je..dan mengikut owner dia..tujuan asal ada kedut2 tu untuk taknak nampak bulky if kita pakaikan saiz paling kecik kat baby..tapi kedut2 ni lak membuatkan soaker ni lambat kering..tapi memang tak dinafikan..bamboo ni adalah penyerap terbaik..
Tang nak tunggu kering tu je jenuh sket..

Yang Lunatots AI2 Velcro tu lebih kurang je lah..cuma soaker kat dalam tu jenis microfleece dan takde kedut2 cam AI2 premium ni..

Bahagian velcro dia berbeza dengan AI2 premium..sebab AI2 premium dia design untuk newborn..velcro dia agak lembut sket.

Ni soaker microfleece untuk AI2

Yang ni velcro untuk AI2 premium..kelebihan dia bleh lekat kat mana2 bahagian yang warna kuning tu..bleh refer gambar paling atas untuk bahagian warna kuning..so memang sesuai untuk newborn lah..

Bila nak basuh..make sure velcro ni berada pada laundry tab yer..kang lekat abis sume ngan cd lain..
Ni lah antara kelemahan cd jenis velcro..agak renyah sket penjagaan dia sebab nanti velcro tak tahan lama lak..so make sure ikut arahan yang dia bagi la yer..if jenis button tkpe belasah jer
Weegro Applique tu pulak jenis AI2 gak..insert dia jenis microfiber dan ada sock jenis soft suede supaya bleh kena direct dengan kulit baby..dan kelebihan CD jenis sistem AI2 atau cover ni ialah boleh je mix and match dengan mana2 soaker yang kita suka
depends on kesesuaian waktu kita nak guna lah..

Ni jenis Weegro Applique tu..Arfan bleh gelak2 time dia poo.."Hahaha..Arfan berak dalam kura-kura!"adoii..sabar je lah..

ni sebelah dalam weegro tu
Suka gak guna cover ni sebab cover dia senang nak basuh..tapi dekat tempat slot poket dia tu kena hati2 lah..hehe..kasi cuci bersih2..kang terselit kat situ lak..
Yang jenis Zigiezag Pull Up Pants tu aku pernah post sebelum ni kan..so bleh review kat SINI yer…memang senang nak guna if anak tak reti duk diam..nak bukak pun senang sebab button jek..aku rasa kalau pull up pants DD tu nak bukak kena koyak kan?? dan kalau koyak tak kena..heheh.. ;p sebab pernah gak guna pull up DD..hehe..Tapi yang tak bestnya nampak bulky sket..untuk budak yang da besar ok la kot..bb kecik ok jek if nak guna cuma aku tak bape gemar la nak tengok bontot baby jadi bulky..hehe…
dan satu je aku baru perasan..belah dalam dia bahagian PUL tu..macam ada satu layer plastik yang asing dari PUL..aku tak perasan la if memang awal2 beli memang da macam tu ke..sebab aritu buta kayu sket pasal CD sume ni..hehe..so..bila nak letak insert tu agak mengganggu la gak..sebab cam plastik lain lak kat belah dalam..tapi if pakai ok jek
Bahagian poket dia jenis elastik tu lah..lebih kemas compared to Coolababy…So..stakat ni jelah koleksi CD buat masa ni..
Untuk insert kita cite later k..sebab ada lagi tu tengah prewash dan belum guna lagi..cukup la kot stakat ni koleksi CD..tunggu baby kuar dulu dan baru nak menambah CD lagi..banyak yang cun2..hahah…ada yang da masuk dalam list da ni..

Haaa..cun ke tak??hehe..geram ai tengok tau!!! ;p